19 January 2012

Maahad Ihya Ulumiddin Mengkuang Titi, Bukit Mertajam

Maahad Ihya Ulumiddin di Mengkuang Titi, Bukit Mertajam, Pulau Pinang adalah sebuah sekolah pondok. Pada suatu masa dahulu, sekolah pondok adalah popular dan pendokong pengajian Islam melalui sistem pengajian pondok yang menawarkan pengajian di bidang Tauhid, Tafsir, Hadis, Feqah dan pelbagai lagi ilmu-ilmu pengajian Islam. Sistem pondok juga telah melahirkan ramai tokoh ulama dan pejuang Islam seperti Tok Kenali, Tok Janggut, Mat Kilau, Kiyai Salleh dan banyak lagi.

Maahad Ihya Ulumiddin telah beroperasi lebih 6 tahun dan mencatatkan pertumbuhan pelajar yang membanggakan. Setakat ini lebih 100 orang pelajar sedang mengikuti pengajian disini. Selaras dengan itu, pihak pengurusan sedang merancang untuk membeli sebidang tanah seluas 3 ekar dan membina bangunan baru untuk tujuan peningkatan prasarana.

Saudara/saudari yang berhajat untuk menambah saham amal jariah akhirat anda adalah di pelawa untuk menyampaikan sumbangan/derma/sedekah/wakaf untuk pembelian tanah dan pembinaan bangunan seperti surau dan pondok pelajar. Tanah untuk pembinaan telah dikenal pasti dan dalam proses pembelian.

Sumbangan anda boleh dihulur melalui CIMB Islamic atas nama
MAAHAD IHYA ULUMIDDIN, nombor akaun 0713-0000-1371-03

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pihak pengurusan seperti berikut:
  1. Mudir: Ustaz Ahmad Ridoudin  -  019 594 9536
  2. Pengerusi: Hj Azamuddin  -  016 440 8595
  3. Bendahari: En Anuar  -  019 452 1654


Sumbangan zakat juga dialu-alukan. Semoga sumbangan anda akan memajukan lagi ummah dan di beri ganjaran yang setimpal olehNya. Wassalam.


UPDATE - Feb2015
Maklumat mengenai Maahad Ihya Ulumiddin telah dikemaskini, rujuk DISINI.

1 comment:

  1. Assalamualaikum,
    minta kerjasama Tuan untuk hubungi ustaz Ahmad Ridoudon atau Anuar
    kerjasama Tuan diucapkan ribuan terima kasih

    ReplyDelete

Artikel berkaitan....