23 December 2012

Senarai MRSM Terbaik Malaysia

Kali ini saya menulis topik berbeza sikit. Bulan lepas timbul keperluan untuk untuk mendaftar saudara saya yang telah memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Keputusan tersebut melayakkan beliau untuk mencuba nasib untuk memasuki sekolah berasrama seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Langkah pertama ialah memohon kemasukan ke MRSM melalui portal di www.moe.gov.my, tempoh masa permohonan ke MRSM dibuka agak terhad, kena selalu-selalu lawati portal tersebut atau dapat maklumat dari media massa atau guru-guru jika tak nak terlepas peluang memasuki MRSM. Zaman internet ni semua dah main online, lewat je bermakna terlepaslah peluang anak-anak ke MRSM. Dah buat keputusan untuk memohon MRSM, pergi pejabat MARA dapatkan no pin dulu. Kalau tak pasti proses permohonan, search "bagaimana nak memohon masuk MRSM" kat google.

Untuk yang pertama kali memohon, anda akan berdepan dengan dilema MRSM mana yang hendak dipilih, MRSM yang dekat dengan rumah atau MRSM yang terbaik? Ada hampir 40 lokasi #MRSM tu. Kalau nak pilih MRSM yang dekat rumah tak de masalah, pilih ikut nama MRSM je.
Kalau nak pilih MRSM mengikut sejarah prestasi MRSM tersebut, kena cari maklumat dulu, jadi berbaloilah walaupun jauh dari rumah.
Kat sini saya harap paparan berikut dapat membantu anda untuk membuat keputusan memilih MRSM mengikut prestasi MRSM dalam peperiksaan PMR.
Kalau ikutkan keputusan 2011 dibawah ni, ranking atau senarai MRSM terbaik di Malaysia, MRSM yang tebaik dalam list tu hanya mempunyai ~87% yang mendapat 7A dan keatas dan MRSM yang terakhir hanya mendapat ~43% dalam PMR. Oleh itu pelajar yang cemerlang diperingkat UPSR tidak ada jaminan akan terus cemerlang di peringkat seterusnya. Selamat meneliti ranking MRSM dibawah.


Senarai_MRSM_Terbaik
Klik pada gambar untuk besarkan imej

Senarai_MRSM_Terbaik_2011


Senarai_MRSM_Terbaik_Malaysia


Gred purata markah MRSM atau ringkasannya GPM pula menunjukkan ranking atau senarai MRSM terbaik di Malaysia dalam PMR pada tahun 2011, tetapi carta ini lebih bermakna pada saya kerana anda boleh menilai dengan sendiri manakah MRSM yang sedang meningkat naik dari segi prestasi kerana carta ini memberi gambaran dari tahun 2006 hingga 2011. Ranking carta adalah berdasarkan tahun 2011. Lebih kecil nilai GPM, lebih baik prestasi MRSM tersebut.
Melalui carta ini juga kita boleh lihat yang mana satu MRSM yang baru dibuka kebelakangan ini.

ranking_mrsm


ranking_mrsm_malaysia


senarai_ranking_mrsm_terbaik

Diharap paparan ini dapat membantu anda membuat keputusan yang bijak. Ranking #MRSM terbaik tersebut adalah hanya ranking berdasarkan keputusan peperiksaan sahaja, ranking kokorikulum macamana?  




UPDATE 2015 - Senarai Sekolah Berasrama Penuh Terbaik di Malaysia
Dibawah ini adalah satu senarai berdasarkan pencapaian di peringkat SPM pada tahun 2014 untuk Sekolah Berasrama Penuh Terbaik di Malaysia.

Senarai penuh adalah untuk sekolah integrasi dan sains, manakala senarai pendek adalah senarai sepuluh sekolah berasrama yang terbaik di Malaysia. Senarai ini merangkumi semua sekolah berasrama.

Diharap senarai Sekolah Berasrama Penuh Terbaik di Malaysia dibawah ini dapat memberi sedikit gambaran ketika ibu bapa membuat pilihan permohonan anak-anak ke sekolah berasrama penuh.


sekolah-berasrama-penuh-terbaik-malaysia

sekolah-berasrama-penuh-terbaik-malaysia
SPM 2014 

No comments:

Post a Comment

Artikel berkaitan....